hai sume.. apa khabar? maaf la ye, lama tak update catatan blog kita.. hehe.. editor2 bz ngan komitmen yang kami komited. haha. yela. Cik F dan Cik L ney terlibat dengan pelbagai aktiviti2 yang mengancam. umpamanya, pertandingan pantun hari 2, latihan pantun beberapa hari yang berlalu, latihan memulakan proses merdeka daripada assignment2 yang nyata kurang berjaya, latihan bola tampar yang dihadiri oleh Cik F sorg.. latihan mengawal emosi dnegn menelefon mama bapa kat umah.. and banyak lagi komitmen lain. tak terkecuali, sibuk menghantar sistem pesanan ringkas kepada mereka2 yang berkenaan.. so, harap korg sume tak meng'anak-tiri'kan blog ini hanya kerana tukang bloggernya slalu tak ada around2 the blog~ hehe.. ok baiklah kata c Onjoy, mari kita start topik kita ka isio ciptaan Maw~ hehe..
topik yang Cik F bawa hari ney adalah 'KITA ADA KISAH SENDIRI'..
Cik F amik topik ney sebab nak bagi kesedaran sivik terhadap korg sume ~! huhu.. xdelah.. hehe.. sja ja nak imbas kembali memori kelas kita semasa menjalani rentetan ceritera PPISMP SEM 1 kat dalam kepala :) hehe..
banyak yang berlaku, bila menjalani kelas Maths, KB, ELP, PS, PJ, BM~ fuhhhh~ Jawi ! hehe.. dengan ragam pensyarahnya yang berbagai watak.. ada yang terlampau demand sehingga nak tanda borang penilaian diri beliau, pelajar dipaksa menanda petak ketiga dan keempat sahaja sedangkan kualiti pengajaran beliau kureng sungguh, mengikut pemerhatian Cik F la.. hehe.. ada yang sangat baik tetapi mungkin kurang mendapat tempat di hati pelajar, maka beliau cuma mampu mendapat markah penilaian 1~ dlm kalangan pelajar yg diajar beliau.. dan skali lagi itu pandangan Cik F... hehe.. ada juga pensyarah yang terlampau memanjakan pelajar, sehingga pelajar cam Cik F ney pun jadi leka sgt2~ upppsss! bukan salahkan mana2 pensyarah ye atas kejadian last2 sem, just nak ingat balik betapa sayangnya pensyarah kepada pelajar tapi ada yang salahgunakan :P hehehehe.. ada plak pensyarah yang sangat bertoleransi dan peramah dan lucu apabila mengajar kita.. hehe.. meskipun marah2 tapi beliau tetap cun ~! terbaekkkkk~! hehe.. dan akhirnya, jangan dilupa our Big Daddy yang sentiasa memberi dorongan untuk kita melangkah setapak ke hadapan.. beliau sentiasa memberi peluang untuk kita beraksi di pentas kecemerlangan tetapi sayang, mungkin masanya belum tiba untuk kita berpencak silat di gelanggang kecemerlangan itu.. tapi tak apa, kita ada banyak masa lagi ! hehe
crita pasal pensyarah2 ney, teringat pula kisah ASSIGNMENT sem lepas.. hehehehe... musim diberi assignment sumenya bersemangat, tetapi musim menghantar sumenya poyo2 sebab tak tido malam.. hahaha.. itulah hasilnya bila buat keja last minit.. kan3? hehehe.. ada pulak yang buat 3 assignment serentak pada 1 malam, hanya kerana sebelum 2 terlampau enjoy~ haha.. kita telah mengalami kesilapan berfikir ketika itu ! haha.. oleh itu, marilah kita sama2 meningkatkan mutu persembahan wacana assignment kita :) jangan ulangi peristiwa lepas dengan tentatif yang sma, mari bersama2 kita warnai dunia dengan produk berkualiti yakni kita sebagai produk berkualiti ! hehehehe.. mulakan dengan kualiti assignment2 yang baik ! hehe..
habis cerita assignment, kita berpindah ke pelajar kelas kita.. hehe.. dimulakan dengan Kak Ain, seorang yang banyak idea tapi mudah tergugat pendiriannya apabila diasak.. hehe.. Izat dengan banyak songehnya tapi bila diarah buat keja buat muka paling sibuk di dunia.. haha.. Cici dengan kesibukannya menjeling dan menyampuk tetapi tugasnya tak pernah diabai.. Suri yang luarannya nampak ayu tetapi sebenarnya keras jua :) haha.. SUri dan Aida jangan digandingkan jika membuat keja ! kelaknya akan "cemerlang".. hahahahah.. Aida, si Cute~ hehe.. kecil2 cili padi, wlau kecil, dia berbisa! hehe.. Onjoy yang sempoi tetapi mudah meradang bila kerjanya tak sempurna.. oleh itu, hati2lah bila sekumpulan dengannya.. hehe.. Apik yang slalu memanazkan hati orang tapi bila sampai bab ELP ber'gagar' kepala lutut~ eh ! lutut dan kepalanya?? haha.. Akmal pula banyak mengkritik hasil keja orang lain tapi kualiti kerjanya pun sekadar baik :) oleh itu, harus pastikan diri baik sebelum mengkritik orang lain ye.. Jaelle yang bising jika hal kewangan disebut.. bila perbincangan sedang dibuat, tak bercakap.. tapi di belakang banyak cakap pula.. hehe.. Leen yang nampak pendiam tetapi apabila berkata2 petah bicaranya, namun sangat mudah tergugat pandangannya bila dipengaruhi oleh fakta tak sahih.. haha.. Maw dengan sensitivinya.. jangan digasak orang yang kamu tak tahu peribadinya... apa lagi lau masa dia lapar, memang moody kejanya.. Syuhada pekat Kelatenya, dan suka benar menafikan keupayaan diri sebelum berjaya melakukannya.. tapi sebenarnya dia ney memang suka cuba benda baru~ kan Ada kan? hehe.. Memiey plak boleh membentangkan sesuatu dengan baik walaupun pada peringkat pembinaan tak sentuh pun keja pembinaan :) takpe, yang penting keja sendiri siap ye tak? hehe.. Hapiz hampir dilupa ! hehe.. rajin orangnya, dalam kelas mukanya memang lucu giler bila fokus kepada pengajaran pensyarah.. muka macam tak faham je, blur semacam.. hhaha.. Floe plak, bising sangat dalam kelas tapi lau tak tahu apa2 bila pensyarah bagi soalan, pandai senyap plak.. Ina plak.. meskipun pendiam, tetapi bila dah diberi tugas memang akan siap ! hehe.. Zul ~ jejaka harapan kelas kita.. hehe.. rasanya Zul la yg paling awal siap assigment2 2 kan? haha.. seorang pendiam, tetapi bila berkata2, memang boleh dipercayai, cuma jangan terlalu mengikut kata kawan ye.. Eva apabila membentang mendatar je.. haha.. tapi faktanya hebat2 ! tabik spring 4 u ! hehe.. Lilo plak, naif sangat dengan persekitarannya.. sampai ada yang berani membulinya ! lau keja, perlu dikerah baru gerak.. haha.. Rabi, lau ditanya n tak tahu, senyum2 ja keja.. hehe
banyak g nak crita, tapi takut Cik L ngamuk pula sbb Cik F dah guna lappynya dekat sejam.. hehe.. so, kiat jumpa next time k :) doakan semoga ikatan persahabatan antara kita sesama insani sentiasa kukuh disulam benang persefahaman.. sayang korang semua :) selamat tersenyum :)
oleh itu..,jgn kamu masham2 dengan aku..hahaa
BalasPadam