Pengikut

Rabu, 26 Oktober 2011

Senarai Ahli Jawatankuasa PISMP Semester 1D/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung setia 'teratak PPISMP 3D", sudah lama teratak ini tidak menulis atau mengarang idea buat tatapan dan sajian mata yang sedia kuyu. Baiklah, berbalik pada motif asal catatan kali ini ditulis adalah untuk memperkenalkan barisan peneraju kepimpinan pada semester hadapan.

Semester hadapan merupakan semester pertama buat "penghuni teratak PPISMP 3D" dalam menempuh kehidupan bergelar siswa dan siswi yang akan mengejar cita-cita untuk mengenggam segulung IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN dalam tempoh 4 tahun mulai tahun hadapan.

Sekaligus, mengubah "teratak PPISMP 3D" kepada "Teratak Kasih PISMP 1D" dan di situlah bermulanya kehidupan sebagai seorang bakal guru yang sempurna dan bukan lagi seperti kehidupan sebagai pelajar persediaan!Itu tekad kami!

Kepimpinan pada tahun hadapan akan diterajui oleh Rabi Matius


Seterusnya, Nurul Aida binti Hamdan selaku pembantu pucuk kepimpinannya.


Kemudian, hal-hal yang berkaitan dengan "Teratak Kasih PISMP 1D" akan dilakarkan satu persatu oleh Setiausaha agung kehormat iaitu Jalinah binti Jimpih.


Bahagian sumber kewangan akan diaudit setiap bulan oleh Bendahari agung kehormat iaitu Tracey Veneysaa anak Nicholas dan akan dibantu oleh Saudara Zulhilmi bin Abdul Rahman selaku timbalannya.



Selain itu, sekalung ucapan tahniah dan terima kasih buat kepimpinan pada semester 3 ini yang telah menunjukkan corak kepimpinan yang sangat matang dan dinamik, semoga kepimpinan ini akan terus dijadikan contoh dan terus mendapat sentuhan transformasi daripada kepimpinan yang terbaharu.

Terima kasih diucapkan buat Saudara Mohd.Izzat Illham bin Mustapha dan Vetaria anak Unja selaku pengerusi dan timbalan pengerusi buat "Teratak PPISMP 3D"



Semoga kejayaan terus mengiringi kita dan semoga kita terus mencipta kegemilangan dari masa ke semasa!!



2 ulasan:

Sokong kami!!