Sekali lagi...
PPISMP 3 D mengukir kenangan terindah apabila berjaya merebut gelaran JOHAN dan NAIB JOHAN pertandingan bola tampar anjuran Kelab Bola Tampar PPISMP semester 3, 2011.
Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari itu benar-benar menyeronokkan. Para peserta dapat menyertai suatu aktiviti riadah, mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, dan juga mencungkil bakat-bakat para pelajar dalam bidang ini.
Berikut merupakan antara cebisan memori yang sempat dirakamkan oleh kamera kami. Sekalung penghargaan buat saudara Moriss MC kerana sudi menyumbangkan gambar.
Pemain perempuan dari kelas kami yang menjadi JOHAN:)
Floe, Lyeen, Eva, Jaelle,
Aida, Suri dan Lilo.
Tiada dalam gambar : Syuhada, Roslyna, Tracey, Memiey, Ainsyah
Hantaran pertama dari kumpulan kami :)
Berjaya mengumpul 7 mata permulaan :)
Kumpulan PPISMP 3 C perempuan yang menjadi seteru kami dalam pusingan akhir :)
dan seorang penyokong mereka - Asmad. hehe
Jejaka dari kelas kami yang mendapat tempat NAIB JOHAN :)
Akmal, Zul, Hafiz, Rabi, Afik,
Moriss dan Izzat.
Tiada dalam gambar: Onjoy.
Selain daripada permainan bola tampar dalam gelanggang, pihak penganjur juga mengadakan pertandingan mengimbang bola. Sekali lagi kami menguasai. hehe.
Tempat ke-2 sehingga ke-5 menjadi milik kami :)
2 : Floe
3 : Lyeen
4 : Aida
5 : Suri
Dalam pusingan akhir pertandingan ini, PPISMP 3 D telah bertemu dengan PPISMP 3 C, baik kumpulan lelaki mahupun kumpulan perempuan. Semangat yang ditonjolkan semasa pertandingan berlangsung amat memberansangkan dan membanggakan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah memberikan sokongan kepada kumpulan kami terutamanya PPISMP 3 E :) Jasamu dikenang, sorakanmu diingat :)
Adik, abang, dan kakak PPISMP 3 D,
kekalkan semangat yang kita ada pada hari ini. Buanglah segala sikap yang tidak matang agar kita mampu menjadi seorang guru yang terbaik dan boleh dibanggakan oleh negara.
Tahniah kerana berjaya menunjukkan kepada rakan-rakan yang lain bahawa UKHUWAH kita erat, SEMANGAT kita jitu, USAHA kita padu dan KEYAKINAN kita teguh! Walau apa-apapun yang akan terjadi, semoga kita dapat menyelesaikannya bersama-sama sebagai satu keluarga bahagia yang GAH.
TAHNIAH!
Setiap satu daripada kita adalah yang terbaik!
Yakin bahawa kita tetap yang terbaik, dan akan tetap melakukan sebaik yang mampu, untuk kejayaan kita bersama-sama!
Kalah menang, itu hal yang terkemudian :)
sayang kamu semua :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan