Pengikut

Memaparkan catatan dengan label semangat ~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semangat ~. Papar semua catatan

Rabu, 2 November 2011

Sekali Lagi

Salam sejahtera ! Apa khabar anda semua ? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengunjungi blog buruk kami ini yang menjadi arena persilatan lakonan dan juga hikayat yang kami pentaskan dalam layar IPG Kampus Bahasa Melayu. Baiklah, catatan pada kali ini sekadar catatan yang kami ukirkan buat kenang-kenangan pada masa hadapan.

Sekali lagi...
PPISMP 3 D mengukir kenangan terindah apabila berjaya merebut gelaran JOHAN dan NAIB JOHAN pertandingan bola tampar anjuran Kelab Bola Tampar PPISMP semester 3, 2011. 
Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari itu benar-benar menyeronokkan. Para peserta dapat menyertai suatu aktiviti riadah, mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, dan juga mencungkil bakat-bakat para pelajar dalam bidang ini.

Berikut merupakan antara cebisan memori yang sempat dirakamkan oleh kamera kami. Sekalung penghargaan buat saudara Moriss MC kerana sudi menyumbangkan gambar.

Pemain perempuan dari kelas kami yang menjadi JOHAN:)
Floe, Lyeen, Eva, Jaelle,
 Aida, Suri dan Lilo.
Tiada dalam gambar : Syuhada, Roslyna, Tracey, Memiey, Ainsyah

Hantaran pertama dari kumpulan kami :)
Berjaya mengumpul 7 mata permulaan :)

Kumpulan PPISMP 3 C perempuan yang menjadi seteru kami dalam pusingan akhir :)
dan seorang penyokong mereka - Asmad. hehe


Jejaka dari kelas kami yang mendapat tempat NAIB JOHAN :)
Akmal, Zul, Hafiz, Rabi, Afik,
Moriss dan Izzat.
Tiada dalam gambar: Onjoy.

Selain daripada permainan bola tampar dalam gelanggang, pihak penganjur juga mengadakan pertandingan mengimbang bola. Sekali lagi kami menguasai. hehe.
Tempat ke-2 sehingga ke-5 menjadi milik kami :)
2 : Floe
3 : Lyeen
4 : Aida
5 : Suri

Dalam pusingan akhir pertandingan ini, PPISMP 3 D telah bertemu dengan PPISMP 3 C, baik kumpulan lelaki mahupun kumpulan perempuan. Semangat yang ditonjolkan semasa pertandingan berlangsung amat memberansangkan dan membanggakan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah memberikan sokongan kepada kumpulan kami terutamanya PPISMP 3 E :) Jasamu dikenang, sorakanmu diingat :)

Adik, abang, dan kakak PPISMP 3 D,

kekalkan semangat yang kita ada pada hari ini. Buanglah segala sikap yang tidak matang agar kita mampu menjadi seorang guru yang terbaik dan boleh dibanggakan oleh negara.

Tahniah kerana berjaya menunjukkan kepada rakan-rakan yang lain bahawa UKHUWAH kita erat, SEMANGAT kita jitu, USAHA kita padu dan KEYAKINAN kita teguh! Walau apa-apapun yang akan terjadi, semoga kita dapat menyelesaikannya bersama-sama sebagai satu keluarga bahagia yang GAH.

TAHNIAH!

Setiap satu daripada kita adalah yang terbaik!
Yakin bahawa kita tetap yang terbaik, dan akan tetap melakukan sebaik yang mampu, untuk kejayaan kita bersama-sama!
Kalah menang, itu hal yang terkemudian :)

sayang kamu semua :)

Selasa, 26 Julai 2011

Walau apa yang terjadi, KAMI tetap bersatu :)

hai semua ~ apa khabar para 'pelajar guru'? haha. lucu pula taw bila sebut pelajar guru.. dulu guru pelatih.. ewahh2~ dah cantik nama guru pelatih, kena tukar pula p pelajar guru.. huhu.. takpe2.. nama 2 tak menjanjikan apa2 ye tak ? yang penting kualiti kita sebagai guru.. kan3 ? betul3(kata Lyeen) haha.. ammmmmm.. berkenaan dengan TAJUK post pada hari ney.. hehe.. nak sebarkan skit kepada semua pembaca.. hehe


sebagai manusia yang masih mencari diri kita dalam pentas kehidupan ini, for sure mestilah akan adanya kepincangan yang terpaksa kita hadapi bersama kan3 ? hehe.. tapi klas kita best ! sebab, walaupun banyak kes gaduh2 sayang terjadi, kita tetap bersatu.. walaupun sampai ada kes berjeling-jeling, umpat-mengumpat, but we always know, we are  ALL FOR 1,1 FOR ALL !

trimas untuk kerjasama yang diberikan dalam pelbagai aktiviti dan perancangan.. setakat ini kita dah berjaya mengendalikan pelbagai dugaan dalam kelas kita.. malahan menonjol dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan.. sesungguhnya rakan-rakan, semua ini pengalaman. so, next time, apa2 aktiviti, kita mesti sertai.. walaupun tak bagus sangat dalam bidang 2 tetapi sekurang-kurangnya kita menyertai dan menimba pengalaman ! ok kawan-kawan ! jangan jadikan perkara remeh menghalang langkah anda untuk mencapai kejayaan !

and semasa buat keja 2, jangan banyak alasan yeee.. kita kan bakal guru, patutnya bukan menyambut setiap tugasan atau pertanyaan dengan alasan yang lapuk seperti : 'alamak., lupalah...' atau 'sa x tahu apa soalan kita' atau 'sa busy semalam' atau 'sa x tahu macam mana maw buat' atau 'biarlah c ehem yang buat, diakan rajinnn..' dan pelbagai alasan lain yang boleh menjengkelkan rakan ataupun ahli kumpulan anda.. sebab kalau dah diberitahu setiap hari, dah kena suruh salin soalan, dah seminggu kerja tu diberi, dah ada rakan sekumpulan, mustahil masalah2 2 timbul. tak ada sepatutnya.. ok ~ hehe.. kan bagus law kita bersama-sama selesaikan semua masalah yang ada ? kan3? yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul ~~





jadi, memandangkan esemen pun dah datang, maka, saya mengucapkan selamat maju jaya untuk menyiapkan segala tugasan yang diterima.. ingat, we are here for anyone to ask, discuss and talk to. as a family, we listen to any stories, but as a family member, you must respect us too :) so, kawan2, apa2 pun, kita la yang paling mantap ! jangan lupa ituuuu.. hehe..


Sokong kami!!