Pengikut

Rabu, 2 November 2011

Selamat Mengulangkaji Pelajaran

Kami, 


kumpulan PPISMP 3 D, ambilan Jun 2010,

mengucapkan

❤ Selamat mengulangkaji pelajaran 

❤ Selamat belajar 

❤ Selamat membaca nota-nota 

❤ Selamat berbincang 

❤ Selamat maju jaya 


kepada semua pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu.



Semoga kita semua dapat menduduki peperiksaan dengan

 yakin dan menjawab soala-soalan peperiksaan dengan baik.

Sekali Lagi

Salam sejahtera ! Apa khabar anda semua ? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengunjungi blog buruk kami ini yang menjadi arena persilatan lakonan dan juga hikayat yang kami pentaskan dalam layar IPG Kampus Bahasa Melayu. Baiklah, catatan pada kali ini sekadar catatan yang kami ukirkan buat kenang-kenangan pada masa hadapan.

Sekali lagi...
PPISMP 3 D mengukir kenangan terindah apabila berjaya merebut gelaran JOHAN dan NAIB JOHAN pertandingan bola tampar anjuran Kelab Bola Tampar PPISMP semester 3, 2011. 
Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari itu benar-benar menyeronokkan. Para peserta dapat menyertai suatu aktiviti riadah, mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, dan juga mencungkil bakat-bakat para pelajar dalam bidang ini.

Berikut merupakan antara cebisan memori yang sempat dirakamkan oleh kamera kami. Sekalung penghargaan buat saudara Moriss MC kerana sudi menyumbangkan gambar.

Pemain perempuan dari kelas kami yang menjadi JOHAN:)
Floe, Lyeen, Eva, Jaelle,
 Aida, Suri dan Lilo.
Tiada dalam gambar : Syuhada, Roslyna, Tracey, Memiey, Ainsyah

Hantaran pertama dari kumpulan kami :)
Berjaya mengumpul 7 mata permulaan :)

Kumpulan PPISMP 3 C perempuan yang menjadi seteru kami dalam pusingan akhir :)
dan seorang penyokong mereka - Asmad. hehe


Jejaka dari kelas kami yang mendapat tempat NAIB JOHAN :)
Akmal, Zul, Hafiz, Rabi, Afik,
Moriss dan Izzat.
Tiada dalam gambar: Onjoy.

Selain daripada permainan bola tampar dalam gelanggang, pihak penganjur juga mengadakan pertandingan mengimbang bola. Sekali lagi kami menguasai. hehe.
Tempat ke-2 sehingga ke-5 menjadi milik kami :)
2 : Floe
3 : Lyeen
4 : Aida
5 : Suri

Dalam pusingan akhir pertandingan ini, PPISMP 3 D telah bertemu dengan PPISMP 3 C, baik kumpulan lelaki mahupun kumpulan perempuan. Semangat yang ditonjolkan semasa pertandingan berlangsung amat memberansangkan dan membanggakan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah memberikan sokongan kepada kumpulan kami terutamanya PPISMP 3 E :) Jasamu dikenang, sorakanmu diingat :)

Adik, abang, dan kakak PPISMP 3 D,

kekalkan semangat yang kita ada pada hari ini. Buanglah segala sikap yang tidak matang agar kita mampu menjadi seorang guru yang terbaik dan boleh dibanggakan oleh negara.

Tahniah kerana berjaya menunjukkan kepada rakan-rakan yang lain bahawa UKHUWAH kita erat, SEMANGAT kita jitu, USAHA kita padu dan KEYAKINAN kita teguh! Walau apa-apapun yang akan terjadi, semoga kita dapat menyelesaikannya bersama-sama sebagai satu keluarga bahagia yang GAH.

TAHNIAH!

Setiap satu daripada kita adalah yang terbaik!
Yakin bahawa kita tetap yang terbaik, dan akan tetap melakukan sebaik yang mampu, untuk kejayaan kita bersama-sama!
Kalah menang, itu hal yang terkemudian :)

sayang kamu semua :)

Rabu, 26 Oktober 2011

Senarai Ahli Jawatankuasa PISMP Semester 1D/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung setia 'teratak PPISMP 3D", sudah lama teratak ini tidak menulis atau mengarang idea buat tatapan dan sajian mata yang sedia kuyu. Baiklah, berbalik pada motif asal catatan kali ini ditulis adalah untuk memperkenalkan barisan peneraju kepimpinan pada semester hadapan.

Semester hadapan merupakan semester pertama buat "penghuni teratak PPISMP 3D" dalam menempuh kehidupan bergelar siswa dan siswi yang akan mengejar cita-cita untuk mengenggam segulung IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN dalam tempoh 4 tahun mulai tahun hadapan.

Sekaligus, mengubah "teratak PPISMP 3D" kepada "Teratak Kasih PISMP 1D" dan di situlah bermulanya kehidupan sebagai seorang bakal guru yang sempurna dan bukan lagi seperti kehidupan sebagai pelajar persediaan!Itu tekad kami!

Kepimpinan pada tahun hadapan akan diterajui oleh Rabi Matius


Seterusnya, Nurul Aida binti Hamdan selaku pembantu pucuk kepimpinannya.


Kemudian, hal-hal yang berkaitan dengan "Teratak Kasih PISMP 1D" akan dilakarkan satu persatu oleh Setiausaha agung kehormat iaitu Jalinah binti Jimpih.


Bahagian sumber kewangan akan diaudit setiap bulan oleh Bendahari agung kehormat iaitu Tracey Veneysaa anak Nicholas dan akan dibantu oleh Saudara Zulhilmi bin Abdul Rahman selaku timbalannya.



Selain itu, sekalung ucapan tahniah dan terima kasih buat kepimpinan pada semester 3 ini yang telah menunjukkan corak kepimpinan yang sangat matang dan dinamik, semoga kepimpinan ini akan terus dijadikan contoh dan terus mendapat sentuhan transformasi daripada kepimpinan yang terbaharu.

Terima kasih diucapkan buat Saudara Mohd.Izzat Illham bin Mustapha dan Vetaria anak Unja selaku pengerusi dan timbalan pengerusi buat "Teratak PPISMP 3D"



Semoga kejayaan terus mengiringi kita dan semoga kita terus mencipta kegemilangan dari masa ke semasa!!



Sabtu, 10 September 2011

Hari Raya bersama Dr.Ali

Assalamualaikum semua...
Lama dah sangat PPISMP 3D tak hantar khabar berita...Tak berkongsi suka dan duka di ruang maya yang sangat-sangat indah...Okey kan?Hehehehe..Okey....rasanya..masih tak terlewat..PPISMP 3D nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua yang datang berhari raya di BLOG  PPISMP 3D yang serba kekurangan ini...

9 September 2011, semalam..PPISMP 3D pergi beraya di rumah Pensyarah yang paling rapat dgn PPISMP 3D...yang selalu cerita2..selalu gelak sampai pecah urat tekak...dan paling penting selalu merapu dan membebel..sampai beliau dah satu kepala dgn kami..hahahaha..

Okey...beliau ialah....Jeng3x...(bunyi suspen sikit..)
DR.HAJI ALI BIN HAJI MAHMOOD.....

okey..kenal tak2..okey..nanti PPISMP 3D kenalkan ..jom tengok gambar2 di bawah..


Opsss.....lambat pulak line ni..tengok di sini pulak...

okey..Selamat Berhari Raya..~~


Jumaat, 29 Julai 2011

Selamat kembali Izzat..!!

Assalamualikum dan salam sejahtera semua...
Selamat kembali dan selamat bertugas semula diucapkan buat ketua kelas tersayang...


MOHD IZZAT ILLHAM BIN MUSTAPHA...

Semoga kursusu kepimpinan yang dihadiri selama 3 hari 2 malam berjaya membentuk Izzat menjadi seorang pemimpin yang baik,adil dan berjiwa tulus...seehhhhh...terbaiklah Izzat...
Buat rakan2 lain...jom kita bantu Izzat..jangan buat Izzat stress....Izzat..kami warga yang dipimpin sentiasa mendokan Izzat berjaya memimpin kami ke arah yang baik...

Majulah Izzat untuk PPISMP 3D!!Majulah!!!

Khamis, 28 Julai 2011

SELAMAT BERPUASA

PPISMP 3D MENGUCAPKAN

                     
SELAMAT BERPUASA

Buat semua warga IPGM KBM

Puasa..jangan tak puasa...
 

Selasa, 26 Julai 2011

Walau apa yang terjadi, KAMI tetap bersatu :)

hai semua ~ apa khabar para 'pelajar guru'? haha. lucu pula taw bila sebut pelajar guru.. dulu guru pelatih.. ewahh2~ dah cantik nama guru pelatih, kena tukar pula p pelajar guru.. huhu.. takpe2.. nama 2 tak menjanjikan apa2 ye tak ? yang penting kualiti kita sebagai guru.. kan3 ? betul3(kata Lyeen) haha.. ammmmmm.. berkenaan dengan TAJUK post pada hari ney.. hehe.. nak sebarkan skit kepada semua pembaca.. hehe


sebagai manusia yang masih mencari diri kita dalam pentas kehidupan ini, for sure mestilah akan adanya kepincangan yang terpaksa kita hadapi bersama kan3 ? hehe.. tapi klas kita best ! sebab, walaupun banyak kes gaduh2 sayang terjadi, kita tetap bersatu.. walaupun sampai ada kes berjeling-jeling, umpat-mengumpat, but we always know, we are  ALL FOR 1,1 FOR ALL !

trimas untuk kerjasama yang diberikan dalam pelbagai aktiviti dan perancangan.. setakat ini kita dah berjaya mengendalikan pelbagai dugaan dalam kelas kita.. malahan menonjol dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan.. sesungguhnya rakan-rakan, semua ini pengalaman. so, next time, apa2 aktiviti, kita mesti sertai.. walaupun tak bagus sangat dalam bidang 2 tetapi sekurang-kurangnya kita menyertai dan menimba pengalaman ! ok kawan-kawan ! jangan jadikan perkara remeh menghalang langkah anda untuk mencapai kejayaan !

and semasa buat keja 2, jangan banyak alasan yeee.. kita kan bakal guru, patutnya bukan menyambut setiap tugasan atau pertanyaan dengan alasan yang lapuk seperti : 'alamak., lupalah...' atau 'sa x tahu apa soalan kita' atau 'sa busy semalam' atau 'sa x tahu macam mana maw buat' atau 'biarlah c ehem yang buat, diakan rajinnn..' dan pelbagai alasan lain yang boleh menjengkelkan rakan ataupun ahli kumpulan anda.. sebab kalau dah diberitahu setiap hari, dah kena suruh salin soalan, dah seminggu kerja tu diberi, dah ada rakan sekumpulan, mustahil masalah2 2 timbul. tak ada sepatutnya.. ok ~ hehe.. kan bagus law kita bersama-sama selesaikan semua masalah yang ada ? kan3? yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul ~~





jadi, memandangkan esemen pun dah datang, maka, saya mengucapkan selamat maju jaya untuk menyiapkan segala tugasan yang diterima.. ingat, we are here for anyone to ask, discuss and talk to. as a family, we listen to any stories, but as a family member, you must respect us too :) so, kawan2, apa2 pun, kita la yang paling mantap ! jangan lupa ituuuu.. hehe..


Sokong kami!!