Pengikut

Rabu, 2 November 2011

Selamat Mengulangkaji Pelajaran

Kami, 


kumpulan PPISMP 3 D, ambilan Jun 2010,

mengucapkan

❤ Selamat mengulangkaji pelajaran 

❤ Selamat belajar 

❤ Selamat membaca nota-nota 

❤ Selamat berbincang 

❤ Selamat maju jaya 


kepada semua pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu.



Semoga kita semua dapat menduduki peperiksaan dengan

 yakin dan menjawab soala-soalan peperiksaan dengan baik.

Sekali Lagi

Salam sejahtera ! Apa khabar anda semua ? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengunjungi blog buruk kami ini yang menjadi arena persilatan lakonan dan juga hikayat yang kami pentaskan dalam layar IPG Kampus Bahasa Melayu. Baiklah, catatan pada kali ini sekadar catatan yang kami ukirkan buat kenang-kenangan pada masa hadapan.

Sekali lagi...
PPISMP 3 D mengukir kenangan terindah apabila berjaya merebut gelaran JOHAN dan NAIB JOHAN pertandingan bola tampar anjuran Kelab Bola Tampar PPISMP semester 3, 2011. 
Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari itu benar-benar menyeronokkan. Para peserta dapat menyertai suatu aktiviti riadah, mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, dan juga mencungkil bakat-bakat para pelajar dalam bidang ini.

Berikut merupakan antara cebisan memori yang sempat dirakamkan oleh kamera kami. Sekalung penghargaan buat saudara Moriss MC kerana sudi menyumbangkan gambar.

Pemain perempuan dari kelas kami yang menjadi JOHAN:)
Floe, Lyeen, Eva, Jaelle,
 Aida, Suri dan Lilo.
Tiada dalam gambar : Syuhada, Roslyna, Tracey, Memiey, Ainsyah

Hantaran pertama dari kumpulan kami :)
Berjaya mengumpul 7 mata permulaan :)

Kumpulan PPISMP 3 C perempuan yang menjadi seteru kami dalam pusingan akhir :)
dan seorang penyokong mereka - Asmad. hehe


Jejaka dari kelas kami yang mendapat tempat NAIB JOHAN :)
Akmal, Zul, Hafiz, Rabi, Afik,
Moriss dan Izzat.
Tiada dalam gambar: Onjoy.

Selain daripada permainan bola tampar dalam gelanggang, pihak penganjur juga mengadakan pertandingan mengimbang bola. Sekali lagi kami menguasai. hehe.
Tempat ke-2 sehingga ke-5 menjadi milik kami :)
2 : Floe
3 : Lyeen
4 : Aida
5 : Suri

Dalam pusingan akhir pertandingan ini, PPISMP 3 D telah bertemu dengan PPISMP 3 C, baik kumpulan lelaki mahupun kumpulan perempuan. Semangat yang ditonjolkan semasa pertandingan berlangsung amat memberansangkan dan membanggakan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah memberikan sokongan kepada kumpulan kami terutamanya PPISMP 3 E :) Jasamu dikenang, sorakanmu diingat :)

Adik, abang, dan kakak PPISMP 3 D,

kekalkan semangat yang kita ada pada hari ini. Buanglah segala sikap yang tidak matang agar kita mampu menjadi seorang guru yang terbaik dan boleh dibanggakan oleh negara.

Tahniah kerana berjaya menunjukkan kepada rakan-rakan yang lain bahawa UKHUWAH kita erat, SEMANGAT kita jitu, USAHA kita padu dan KEYAKINAN kita teguh! Walau apa-apapun yang akan terjadi, semoga kita dapat menyelesaikannya bersama-sama sebagai satu keluarga bahagia yang GAH.

TAHNIAH!

Setiap satu daripada kita adalah yang terbaik!
Yakin bahawa kita tetap yang terbaik, dan akan tetap melakukan sebaik yang mampu, untuk kejayaan kita bersama-sama!
Kalah menang, itu hal yang terkemudian :)

sayang kamu semua :)

Rabu, 26 Oktober 2011

Senarai Ahli Jawatankuasa PISMP Semester 1D/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung setia 'teratak PPISMP 3D", sudah lama teratak ini tidak menulis atau mengarang idea buat tatapan dan sajian mata yang sedia kuyu. Baiklah, berbalik pada motif asal catatan kali ini ditulis adalah untuk memperkenalkan barisan peneraju kepimpinan pada semester hadapan.

Semester hadapan merupakan semester pertama buat "penghuni teratak PPISMP 3D" dalam menempuh kehidupan bergelar siswa dan siswi yang akan mengejar cita-cita untuk mengenggam segulung IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN dalam tempoh 4 tahun mulai tahun hadapan.

Sekaligus, mengubah "teratak PPISMP 3D" kepada "Teratak Kasih PISMP 1D" dan di situlah bermulanya kehidupan sebagai seorang bakal guru yang sempurna dan bukan lagi seperti kehidupan sebagai pelajar persediaan!Itu tekad kami!

Kepimpinan pada tahun hadapan akan diterajui oleh Rabi Matius


Seterusnya, Nurul Aida binti Hamdan selaku pembantu pucuk kepimpinannya.


Kemudian, hal-hal yang berkaitan dengan "Teratak Kasih PISMP 1D" akan dilakarkan satu persatu oleh Setiausaha agung kehormat iaitu Jalinah binti Jimpih.


Bahagian sumber kewangan akan diaudit setiap bulan oleh Bendahari agung kehormat iaitu Tracey Veneysaa anak Nicholas dan akan dibantu oleh Saudara Zulhilmi bin Abdul Rahman selaku timbalannya.



Selain itu, sekalung ucapan tahniah dan terima kasih buat kepimpinan pada semester 3 ini yang telah menunjukkan corak kepimpinan yang sangat matang dan dinamik, semoga kepimpinan ini akan terus dijadikan contoh dan terus mendapat sentuhan transformasi daripada kepimpinan yang terbaharu.

Terima kasih diucapkan buat Saudara Mohd.Izzat Illham bin Mustapha dan Vetaria anak Unja selaku pengerusi dan timbalan pengerusi buat "Teratak PPISMP 3D"



Semoga kejayaan terus mengiringi kita dan semoga kita terus mencipta kegemilangan dari masa ke semasa!!



Sabtu, 10 September 2011

Hari Raya bersama Dr.Ali

Assalamualaikum semua...
Lama dah sangat PPISMP 3D tak hantar khabar berita...Tak berkongsi suka dan duka di ruang maya yang sangat-sangat indah...Okey kan?Hehehehe..Okey....rasanya..masih tak terlewat..PPISMP 3D nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua yang datang berhari raya di BLOG  PPISMP 3D yang serba kekurangan ini...

9 September 2011, semalam..PPISMP 3D pergi beraya di rumah Pensyarah yang paling rapat dgn PPISMP 3D...yang selalu cerita2..selalu gelak sampai pecah urat tekak...dan paling penting selalu merapu dan membebel..sampai beliau dah satu kepala dgn kami..hahahaha..

Okey...beliau ialah....Jeng3x...(bunyi suspen sikit..)
DR.HAJI ALI BIN HAJI MAHMOOD.....

okey..kenal tak2..okey..nanti PPISMP 3D kenalkan ..jom tengok gambar2 di bawah..


Opsss.....lambat pulak line ni..tengok di sini pulak...

okey..Selamat Berhari Raya..~~


Jumaat, 29 Julai 2011

Selamat kembali Izzat..!!

Assalamualikum dan salam sejahtera semua...
Selamat kembali dan selamat bertugas semula diucapkan buat ketua kelas tersayang...


MOHD IZZAT ILLHAM BIN MUSTAPHA...

Semoga kursusu kepimpinan yang dihadiri selama 3 hari 2 malam berjaya membentuk Izzat menjadi seorang pemimpin yang baik,adil dan berjiwa tulus...seehhhhh...terbaiklah Izzat...
Buat rakan2 lain...jom kita bantu Izzat..jangan buat Izzat stress....Izzat..kami warga yang dipimpin sentiasa mendokan Izzat berjaya memimpin kami ke arah yang baik...

Majulah Izzat untuk PPISMP 3D!!Majulah!!!

Khamis, 28 Julai 2011

SELAMAT BERPUASA

PPISMP 3D MENGUCAPKAN

                     
SELAMAT BERPUASA

Buat semua warga IPGM KBM

Puasa..jangan tak puasa...
 

Selasa, 26 Julai 2011

Walau apa yang terjadi, KAMI tetap bersatu :)

hai semua ~ apa khabar para 'pelajar guru'? haha. lucu pula taw bila sebut pelajar guru.. dulu guru pelatih.. ewahh2~ dah cantik nama guru pelatih, kena tukar pula p pelajar guru.. huhu.. takpe2.. nama 2 tak menjanjikan apa2 ye tak ? yang penting kualiti kita sebagai guru.. kan3 ? betul3(kata Lyeen) haha.. ammmmmm.. berkenaan dengan TAJUK post pada hari ney.. hehe.. nak sebarkan skit kepada semua pembaca.. hehe


sebagai manusia yang masih mencari diri kita dalam pentas kehidupan ini, for sure mestilah akan adanya kepincangan yang terpaksa kita hadapi bersama kan3 ? hehe.. tapi klas kita best ! sebab, walaupun banyak kes gaduh2 sayang terjadi, kita tetap bersatu.. walaupun sampai ada kes berjeling-jeling, umpat-mengumpat, but we always know, we are  ALL FOR 1,1 FOR ALL !

trimas untuk kerjasama yang diberikan dalam pelbagai aktiviti dan perancangan.. setakat ini kita dah berjaya mengendalikan pelbagai dugaan dalam kelas kita.. malahan menonjol dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan.. sesungguhnya rakan-rakan, semua ini pengalaman. so, next time, apa2 aktiviti, kita mesti sertai.. walaupun tak bagus sangat dalam bidang 2 tetapi sekurang-kurangnya kita menyertai dan menimba pengalaman ! ok kawan-kawan ! jangan jadikan perkara remeh menghalang langkah anda untuk mencapai kejayaan !

and semasa buat keja 2, jangan banyak alasan yeee.. kita kan bakal guru, patutnya bukan menyambut setiap tugasan atau pertanyaan dengan alasan yang lapuk seperti : 'alamak., lupalah...' atau 'sa x tahu apa soalan kita' atau 'sa busy semalam' atau 'sa x tahu macam mana maw buat' atau 'biarlah c ehem yang buat, diakan rajinnn..' dan pelbagai alasan lain yang boleh menjengkelkan rakan ataupun ahli kumpulan anda.. sebab kalau dah diberitahu setiap hari, dah kena suruh salin soalan, dah seminggu kerja tu diberi, dah ada rakan sekumpulan, mustahil masalah2 2 timbul. tak ada sepatutnya.. ok ~ hehe.. kan bagus law kita bersama-sama selesaikan semua masalah yang ada ? kan3? yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul ~~





jadi, memandangkan esemen pun dah datang, maka, saya mengucapkan selamat maju jaya untuk menyiapkan segala tugasan yang diterima.. ingat, we are here for anyone to ask, discuss and talk to. as a family, we listen to any stories, but as a family member, you must respect us too :) so, kawan2, apa2 pun, kita la yang paling mantap ! jangan lupa ituuuu.. hehe..


Ahad, 24 Julai 2011

Lawatan ke Zoo Negara

Assalamualaikum semua...Pada 23 Julai 2011...PPISMP 3D pegi jalan2 di Zoo Negara....PPISMP 3D pegi dengan mentor tersayang..Mr.Santharan....Meriah sangat2...Seramai 20 orang pegi 'buat kecoh' dekat Zoo tu..Kalau boleh dengan PPISMP 3D sekali masuk dalam kandang masing2...Apa yang menarik...Cadangan ni hanya rirancang 2 minggu sebelum nak pegi dan alhamdullilah berkat kerjasama dan berbekalkan slogan ' ALL FOR 1 & 1 FOR ALL'.... kami berjaya juga menyiapkan kertas kerja dan akhirnya disahkan oleh Dr.Ali...pensyarah paling BESTTTTTTTTTTTTT dalam kelas..Okey..Jom kita tengok gambar PPISMP 3D yang tengah sakan tengok binatang ( kawan2 mereka..:D)

 Yang ni dekat dalam bas..baru nak jalan..

 Dah sampai Zoo...Tapi PPISMP 3D kena tunggu mentor datang...

 Sekarang ni tengah tunggu mentor..Tengok muka Cici....dah penat dah ni...Jom balik..hehehe
Aikk....tengah duduk tunggu metor..nampak pulak Nadia AF...jadi PPISMP 3D pun tumpang glamor..:D
 Bila dah dapat pas masuk..masing sibuk nak tunjuk...Hafiz juga paling semangat..
Okey guys!!Jom masuk..Aik Cici juga yang duk depan...Syabas Cici!!


 Ha...binatang ni la kami jumpa dulu..comel kan..Masa Onjoy nak ambik gambar dia terus duk macam ni...ni namanya BABUN...sweetttt.....macam.....Tuuuuuuuutttttttttttt....


Nie ketua yang paling handsome...Time ni kena pilih..ikut kiri ke kanan....so,disebabkan kanan lebih afdal didahulukan....kami pilih kanan....hehehhe


 Ni replika jer pun..berani la duduk....Tapi..replika pun..tangan Afiq & Rabi takleh lepas dari mulut binatang ni..nak tengok?Nah....

Lucu sangat time ni..dorang ni ingatkan main2..rupanya betul2 tangan tak leh keluar...Apapun...satu ayat..
RASAKAN PEMABALASAN INI!!

Barisan comel2 ni...tengah tunggu show time...hehehe..yang lain dah pegi beli makanan...sebab dah lapar...tapi kami setia duk sini..jaga tempat..:
 


 Show bermula...



Show dah nak berakhir..show ni lebih best sebab ada singa laut yang pandai tepuk tangan..yuhuuuuu
Akuarium ikan yang besar...hehehe...Banyak sangat ikan dalam ni...

Sebelah ni pulak rumah penguin yang sangat comel..penguin2 tu akan ikut semua gerakan kita yang ada di luar...
Flamingo....

 Ha..yang ni kawan Hafiz..semalam mereka dah tukar2 no hp dan akuan fb...Tahniah Hafiz...(mereka sama tinggi,...)
 Nie pula kawan Rabi...masa yang lain datang tak da pun rusa ni nak pandang..Lepas tu..Rabi datang....Rusa ni pun terus dekat..Cayalah Rabi!!!
 Yang ni Ayam Belanda..Tapi..Afiq marah sangat...Afiq cakap ni MERAK...so,yang lain pun iya kan je la....
Lepas tu bila masuk HOUSE BIRD..kami tunjukkan dengan dia MERAK...Lepas tu dia buat tak taw je..padan muka..ada plak Ayam Belanda jadi Merak...

Izzat.."Rehat dulu..penat la..."
Mimi."Lepas ni kita tengok harimau...."
Onjoy..."Bateri kamera aku dah kosong....."
Lyeen.."Lapar...."
Rabi.."Aku belum penat..."
Okey,..selepas rehat kejap di bawah pohon asmara ni..kami pun pegi tengok harimau,orang utan,beruang,lebah,kuda dan lain2 lagi binatang....

Lepas ni...PPISMP 3D akan melancong ke destinasi berikutnya iaitu...
PORT DICKSON....

yUP...Kami memang suka melancong....

Bye semua...








Sabtu, 9 Julai 2011

Selamat Hari Lahir Hafiz !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Okey....sedang Malaysia sibuk dengan wacana BERSIH....jom kita alih perhatian sikit jer kepada ENCIK HAFIZ....waaaaahhhh~!!!!Happy Birthday Hafiz....semoga panjang umur...murah rezeki...melimpah...(then...share la kat kami eh...)....



Maaf takda hadiah yang istimewa untuk Hafiz....Tapi percayalah....KEZUTAN yang kami buat semalam adalah rancangan last  minit semata...hahahhahha....
Itu adalah rancangan Cici & Floe serta Aida dan Lyeen yang banyak songeh.....hehehehhe

Tapi percayalah...Kami semua sayang Hafiz.....OPpppssss...Pasal gambar kita....Tanya Onjoy...hahahhaa..Okey....

Selamat Maju Jaya Hafiz!!!
Sayang Hafiz~~~!!!

Isnin, 13 Jun 2011

Jawatankuasa PPISMP 3D..

Assalamualaikum...hello semua..!!Okey....Cuti pun akan  nak melabuhkan tirai minggu nie..jadi bila cuti dah selesai..maka semester baru pula menampakkan wajah....Bila sebut semester baru...maka semua pun nak baru juga..Baju,kasut even stokin pun nak baru.....JADI...Okey..jum kenalan dengan barisan terhormat yang akan menjadi tunjang PEMERINTAHAN DAN KEPIMPINAN kelas PPISMP 3D untuk tahun 2011 nie..Okey..jum3x...


 Comel tak??Hehehhe..okey...Kepimpinan tahun ini diterajui oleh YAB Mohd.Izzat Illham bin Mustapha 


Kepimpinan ini juga  akan dibantu oleh YB Vetaria a/k Unja..


Setiausaha tertinggi pula diketuai oleh Saudari Suriani binti Usman


Manusia yang bakal menjadi mangsa semester ini...Bendahari agung kehormat...hehehhee^^


Ha..yang comey2..yang manis2 nie timbalan menteri kewagann...Baik dia nie..Lewat jer bayar mulalah dia nak bising..hehehehe.....Nur Syuhadah binti Rosli

Okey...Tu jer lah ahli jawatankuasa tertinggi buat semester ni...
Selamat berkenalan...Erm..lagi satu kalau nak kenal dengan jawatankuasa tertinggi ni..Klik jer la kat nama diorang yang comey2 tue k...sekian...

Jumaat, 3 Jun 2011

Jejaka pilihan hari ini....^^

Hahhhh...bosan punya cerita...jom buat contest..hahahhhaha..Okey....hari ni jum kita cari JEJAKA 3D paling comel...hehehhee..Okey2...jum2...Check it out...Check it out!!


Hari ini kita tampilkan....MAURICE,AKMAL & HAFIZ!!!...jum kita story2 about jejaka pilihan nie....

Maurice Micheal empunya diri,berasal dari Tamparuli,Sabah dan lahir pada 19 November 1992. Jejaka yang gemar menyanyi ini sangat pemalu orangnya,namun apabila diberi pelung untuk berbicara lantas petah bibirnya bersuara.Seorang yang baik hati dan menjadi pujaan gadis2 Malaya...hahahahhaa...ya ka?Ya....hehehe....

Jejaka seterusnya lahir pada 7 November 1992 di Muar,Johor ini ialah Mohd.Akmal bin M.Sekak.Jejaka yang berjaya mencuri hati wanita semalaya iaitu MIMIE SAZUKI (Potong line orang nak undi)!!Hahahahhaa.....Jejaka ini kaya denga idea dan ideanya seringkali dilontar bagi menegakkan kebenaran...


Dan.....Jeng2!!!!!!!Hahahaha......Mohd.Hafiz bin Suhaimi!!!Anak jati Kota Bharu,Kelantan ini lahir pada 8 Julai 1992 terkenal dengan sifat pemalunya...seringkali digosipkan dengan VETARIA...Namun,hatinya setia pada cinta sejati...hahahahha..Murah dengan senyum simpulnya..Bukti anak melayu sejati...!!


Nak kenal lebih2??Haaaa.....jum2...klik kat Link nie...klik2..cepat2...

MOHD.HAFIZ : Jejaka idaman 
MAURICE : Jejaka tampan
MOHD.AKMAL :Jejaka semalaya

~~Memori Tercipta~~

Sekian lama...

Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum.....Sekian lama tak update blog kelas nie..akhirnya hamba gagahkan  jua jari jemari untuk terus menari keyboard dengan pelbagai rentaknya...Wow...Maaf kepada seluruh warga PPISMP 3D kerana sekian lama menanti khabar berita yang dinukilkan pada dinding blog yang manis ini....Insyaallah....Sebelum tu,hamba belum terlewat untuk mengucapkan "SELAMAT BERCUTI" buat warga IPG KBM,teristimewa buat PPISMP 3D....3D??Rasa pelik??Hhehehehhe....well....panggilan senior bukan ukuran..tapi...telah membuktikna bahawa kematangan dan "pertambahan angka pada umur" akan berlaku....Hamba ucupkan kalian semua berjaya dalam apa jua bidang yang kalian ceburi...hehehehee..^^..Baiklah..selesai sesi formal....JOm.....

Apa plan cuti sem ni?
Elaun yang keluar tu buat apa?
Duit untuk baju batik dah sedia tak?
Dah prepare fizikal dan mental tak untuk sem 3 nanti?
Ada pegi mana2 tak cuti ni?
Mak ayah ada tolong tak??
Sesiapa yang balik kampung tu,rindu dah terubat?
Jumpa tak dgn gf/bf?hehehe --->menyimpang....^^

Apapun...take care....jaga makan minum..jaga kesihatan...jaga diri baik2..okey...
~~Memori Tercipta~~

Ahad, 1 Mei 2011

Kemenangan berganda...

Assalamualaikum semua....salam sejahtera dan salam satu Malaysia...Baiklah....adoi!!Erm..Tengok tajuk pun dah taw kan??Tak payah la cerita kan??Tapi tak pa...demi kebaikan bersama dan demi mengundang cemburu dihati orang lain...(Astagfirullahalazim)...hehehheeh..Okey..meh cte...Pertama sekali...Tahniah diucapkan buat Barisan Yang Berhormat kita...kerana berjaya mempertahankan usul mereka iaitu Rasuah:Kian Terhapus di Malaysia..walaupun mendapat tentangan hebat dari perwakilan pembangkang PPISMP 2A yang diakui hebat2 belaka..Alhamdullilah...PPISMP 2D selaku kerajaan dapat mempertahankan usul..Tahniah diucapkan kepada YAB Cikgu Leen, YB Cikgu Onjoy,YB Cikgu Floe dan YB Cikgu Zul yang bersengkang mata..bersatu tenaga untuk mencari isi-isi penting..walupun sibuk dengan tanggungjawab lain...tahniah!!Terima kasih juga buat PPISMP 2A dan PPISM 2B yang menganjurkan pertandingan ini!!Tahniah Cikgu Tadong!Tahniah juga buat YB Ketua Pembangkang Cikgu Aini,YB Cikgu Nadia,YB Cikgu Zara dan YB Cikgu Ririn yang memberi saingan yang cukup hebat..Saya akui..kamu memang hebat!!Tahniah sekali lagi...

Berakhir cerita bahas ala parlimen..kita beralih pada cerita Sayembara puisi yang berlangsung dengan meriahnya di Dewan Za'ba pada 29 April 2011..Tahniah kepada kumpulan PPISMP 2D (Pembuai Keinsafan) yang berjaya menjadi johan!Inilah yang kita katakan kemenangan berganda!!Tahniah!!Terima kasih buat Cikgu Afiq selaku ketua kumpulan,Cikgu Floe,Cikgu Jaell,Cikgu Aida dan Cikgu Lilo yang berusaha sehingga larut malam untuk berlatih...usaha kalian mendapat habuan...Walaupun,mentor kita MR.Santharan tidak dapat hadir kerana tugas di Melaka...Beliau tidak lupa untuk memberi semangat dan mengucapkan tahniah dan paling penting...dia akan belanja kita makan lagi!!yahhoooooo!!!!Tahniah u all!!Sayang kamu semua!! Ini memang kisah kita!!!Tahniah juga sebab kita berjaya menganjurkan majlis besar ini dengan jayanya walaupun saya akui terlalu banyak kepincangan pada awalanya!!Tahniah Cikgu Zul dan Cikgu Floe kerana berjaya memimpin kumpulan ini dengan baik!!Tahniah!!PPISMP 2C!!Tahniah juga!!Kamu memang hebat!!Kita berjaya untuk bergabung tenaga untuk menjayakan majlis ini!Terima kasih Cikgu Nazmie yang menjadi ketua PPISMP 2C...

Buat PPISMP 2E!!Tahniah!!!Persembahan anda memang hebat dan mampu buat hadirin menitiskan air mata!!Kumpulan Elang Delima...Tahniah!!Walauappun..PPISMP SEM 2 memanh hebat!!Tahniah semua....

Kami PPISMP 2D...
Dan inilah kisah kami...

Gambar???Huhu....FLICKR!!FLICKR!!heehhe...okey...nanti saya upload k....just klik kat sini..:)
http://www.flickr.com/photos/lyeendesyifa/

Jumaat, 15 April 2011

Datang suda...

Assalamualaikum n salam sejahtera n Hye warga PPISMP 2D!!!Setelah berkurun lamanya saya tidak mengemaskini BLOG tersayang ini..maka dengan kudrat yang ada saya menggagahkan jari jemari ini untuk terus bermain di atas laptop yang baru sahaja diformat ini..hehe..baiklah..seh....formalnya..okey3...xnak formal3...lago kalau cam gitu kan..Okey ..u all..arap bertenang okey...Bukan saya malas maw update blog..tapi faham2 la..masa itu emas...hahhaa...Sepanjang kita semua berada di sem 2 ni..pelbagai onak duri,ranjau kehidupan telah kita tempuhi kan?Maka denga itu saya dengan kuasa veto yang ada ingin .......jeng3x~~~haahhaa....Okey..mari kita bercerita di blog ini...Wahai saudara2 PPISMP 2D sekalian...jangnlah hendaknya kita sering bertelagah antara satu sama lain..astagfirullahalzaim...Baik..pada malam ini lebarkan telinga anda yang sedia lebar untuk mendengar kuliah jumaat dari saya..hehehe..baik2...Minggu ni terlalu banyak masalah yang kita hadapi..saya akui...dan sepanjang pemerhatian saya juga anda semua sememangnya berkelakuan aneh..!!aneh yang bagaimana tuan2?hahahaha....Saya yakin semua faham..maka sempena bulan baik..baik meh??baik la konon..mai kita sering bermaafan....okey?xnak la gaduh2..x best...muka dah elok2 comel..terus buruk cam kak limah!!ee~~~plez la...hahahhaha
hahahhahaha...jadi mulai hari ini...jadikan muka anda secomel saya CIK LYEEN ...hahahhaha...bengang??kalau bengang pi Villa minda sihat nanti sy daftarkan..ada borang dgn sy..sapa maw?angkt tgnY tinggi2 sampai saaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnaaaaaaaaaaaaaa~!!!hahahha....jan mo gaduh2..sa tampar kamu laju2 nanti..Okey disini jugak saya nak maklumkan..bulan hadapan..ingat our plan nak gi KFC ramai2 with our Papa!!!Mr.Santharan!!Okey cinta2ku....Baiklah..Bye..selamat beramal!!


Rabu, 23 Februari 2011

kita ada kisah sendiri..

hai sume.. apa khabar? maaf la ye, lama tak update catatan blog kita.. hehe.. editor2 bz ngan komitmen yang kami komited. haha. yela. Cik F dan Cik L ney terlibat dengan pelbagai aktiviti2 yang mengancam. umpamanya, pertandingan pantun hari 2, latihan pantun beberapa hari yang berlalu, latihan memulakan proses merdeka daripada assignment2 yang nyata kurang berjaya, latihan bola tampar yang dihadiri oleh Cik F sorg.. latihan mengawal emosi dnegn menelefon mama bapa kat umah.. and banyak lagi komitmen lain. tak terkecuali, sibuk menghantar sistem pesanan ringkas kepada mereka2 yang berkenaan.. so, harap korg sume tak meng'anak-tiri'kan blog ini hanya kerana tukang bloggernya slalu tak ada around2 the blog~ hehe.. ok baiklah kata c Onjoy, mari kita start topik kita ka isio ciptaan Maw~ hehe..

topik yang Cik F bawa hari ney adalah 'KITA ADA KISAH SENDIRI'..
Cik F amik topik ney sebab nak bagi kesedaran sivik terhadap korg sume ~! huhu.. xdelah.. hehe.. sja ja nak imbas kembali memori kelas kita semasa menjalani rentetan ceritera PPISMP SEM 1 kat dalam kepala :) hehe.. 

banyak yang berlaku, bila menjalani kelas Maths, KB, ELP, PS, PJ, BM~ fuhhhh~ Jawi ! hehe.. dengan ragam pensyarahnya yang berbagai watak.. ada yang terlampau demand sehingga nak tanda borang penilaian diri beliau, pelajar dipaksa menanda petak ketiga dan keempat sahaja sedangkan kualiti pengajaran beliau kureng sungguh, mengikut pemerhatian Cik F la.. hehe.. ada yang sangat baik tetapi mungkin kurang mendapat tempat di hati pelajar, maka beliau cuma mampu mendapat markah penilaian 1~ dlm kalangan pelajar yg diajar beliau.. dan skali lagi itu pandangan Cik F... hehe.. ada juga pensyarah yang terlampau memanjakan pelajar, sehingga pelajar cam Cik F ney pun jadi leka sgt2~ upppsss! bukan salahkan mana2 pensyarah ye atas kejadian last2 sem, just nak ingat  balik betapa sayangnya pensyarah kepada pelajar tapi ada yang salahgunakan :P hehehehe.. ada plak pensyarah yang sangat bertoleransi dan peramah dan lucu apabila mengajar kita.. hehe.. meskipun marah2 tapi beliau tetap cun ~! terbaekkkkk~! hehe.. dan akhirnya, jangan dilupa our Big Daddy yang sentiasa memberi dorongan untuk kita melangkah setapak ke hadapan.. beliau sentiasa memberi peluang untuk kita beraksi di pentas kecemerlangan tetapi sayang, mungkin masanya belum tiba untuk kita berpencak silat di gelanggang kecemerlangan itu.. tapi tak apa, kita ada banyak masa lagi ! hehe

crita pasal pensyarah2 ney, teringat pula kisah ASSIGNMENT sem lepas.. hehehehe... musim diberi assignment sumenya bersemangat, tetapi musim menghantar sumenya poyo2 sebab tak tido malam.. hahaha.. itulah hasilnya bila buat keja last minit.. kan3? hehehe.. ada pulak yang buat 3 assignment serentak pada 1 malam, hanya kerana sebelum 2 terlampau enjoy~ haha.. kita telah mengalami kesilapan berfikir ketika itu ! haha.. oleh itu, marilah kita sama2 meningkatkan mutu persembahan wacana assignment kita :) jangan ulangi peristiwa lepas dengan tentatif yang sma, mari bersama2 kita warnai dunia dengan produk berkualiti yakni kita sebagai produk berkualiti ! hehehehe.. mulakan dengan kualiti assignment2 yang baik ! hehe.. 

habis cerita assignment, kita berpindah ke pelajar kelas kita.. hehe.. dimulakan dengan Kak Ain, seorang yang banyak idea tapi mudah tergugat pendiriannya apabila diasak.. hehe.. Izat dengan banyak songehnya tapi bila diarah buat keja buat muka paling sibuk di dunia.. haha.. Cici dengan kesibukannya menjeling dan menyampuk tetapi tugasnya tak pernah diabai.. Suri yang luarannya nampak ayu tetapi sebenarnya keras jua :) haha.. SUri dan Aida jangan digandingkan jika membuat keja ! kelaknya akan "cemerlang".. hahahahah.. Aida, si Cute~ hehe.. kecil2 cili padi, wlau kecil, dia berbisa! hehe.. Onjoy yang sempoi tetapi mudah meradang bila kerjanya tak sempurna.. oleh itu, hati2lah bila sekumpulan dengannya.. hehe.. Apik yang slalu memanazkan hati orang tapi bila sampai bab ELP ber'gagar' kepala lutut~ eh ! lutut dan kepalanya?? haha.. Akmal pula banyak mengkritik hasil keja orang lain tapi kualiti kerjanya pun sekadar baik :) oleh itu, harus pastikan diri baik sebelum mengkritik orang lain ye.. Jaelle yang bising jika hal kewangan disebut.. bila perbincangan sedang dibuat, tak bercakap.. tapi di belakang banyak cakap pula.. hehe.. Leen yang nampak pendiam tetapi apabila berkata2 petah bicaranya, namun sangat mudah tergugat pandangannya bila dipengaruhi oleh fakta tak sahih.. haha.. Maw dengan sensitivinya.. jangan digasak orang yang kamu tak tahu peribadinya... apa lagi lau masa dia lapar, memang moody kejanya.. Syuhada pekat Kelatenya, dan suka benar menafikan keupayaan diri sebelum berjaya melakukannya.. tapi sebenarnya dia ney memang suka cuba benda baru~ kan Ada kan? hehe.. Memiey plak  boleh membentangkan sesuatu dengan baik walaupun pada peringkat pembinaan tak sentuh pun keja pembinaan :) takpe, yang penting keja sendiri siap ye tak? hehe.. Hapiz hampir dilupa ! hehe.. rajin orangnya, dalam kelas mukanya memang lucu giler bila fokus kepada pengajaran pensyarah.. muka macam tak faham je, blur semacam.. hhaha.. Floe plak, bising sangat dalam kelas tapi lau tak tahu apa2 bila pensyarah bagi soalan, pandai senyap plak.. Ina plak.. meskipun pendiam, tetapi bila dah diberi tugas memang akan siap ! hehe.. Zul ~ jejaka harapan kelas kita.. hehe.. rasanya Zul la yg paling awal siap assigment2 2 kan? haha.. seorang pendiam, tetapi bila berkata2, memang boleh dipercayai, cuma jangan terlalu mengikut kata kawan ye.. Eva apabila membentang mendatar je.. haha.. tapi faktanya hebat2 ! tabik spring 4 u ! hehe.. Lilo plak, naif sangat dengan persekitarannya.. sampai ada yang berani membulinya ! lau keja, perlu dikerah baru gerak.. haha.. Rabi, lau ditanya n tak tahu, senyum2 ja keja.. hehe

banyak g nak crita, tapi takut Cik L ngamuk pula sbb Cik F dah guna lappynya dekat sejam.. hehe.. so, kiat jumpa next time k :) doakan semoga ikatan persahabatan antara kita sesama insani sentiasa kukuh disulam benang persefahaman.. sayang korang semua :) selamat tersenyum :)

Selasa, 22 Februari 2011

Ujian Rintis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..ptama2 kalinya..nak ckp TAHNIAH!! kat sume sbb brjya mlalui ujian rintis ptg tdi...heheh..^_^..bgus sume ni..ank2 ribena yang sgt bijak!!konon..hahaha....byk prkara yg best2 and tak best2 ari ni....ha!!esok klas MR SELVA yg tersyg!!so...dtg awl..semangat k!!jan lupa..sapa lupa..kita pancung kpala dy...hehehe....To Gapik!!Mana BIG APPLE aku????And kepada semua....selamat maju jaya!!nanti upload gambar korg semua k...hahaa....takda masa bha...ada masa tu..tapi aku yg malas..diulangi MALAS....hehehe..k....bye...:P

Selasa, 15 Februari 2011

KITA dan BOLA TAMPAR

first of all.. nak minta maaf sebab xde gambar yang boleh diupload kat cney :) xpe, outing nnt kita bergambar puas2~ hehe.. TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH... sebab dengan latihan 1 hari je ngan Coach Apik, kita berjaya masuk ke final dan akhirnya mendapat naib johan !! hehe.. meskipun masa latihan 2 ada yg dari awal sampai akhir cakap nak balik je sbb ada hal, tapi thanx sebab sekurang2nya datang masa latihan.. nex tym harap kerjasama yang diberi akan lebih baik dan bermutu :) hehehehe

~ mula2 2 sume cakap tak pandai men... mula2 dapat tahu ada pertandingan bola tampar dan wajib hantar wakil setiap kelas, memang risau sngat.. hehe.. sbab sume gadis2 dari kelas 2D ney memang terkenal dengan keayuannya... fuhhh~ tapi nasib baiklah semuanya bagi kerjasama yang sgt memuaskan.. c Lyeen (yg juga sedang terlibat dalam penganjuran pertandingan ping pong), c Jaelle, c Memiey, c Cici, c Aida ( yg ada pertandingan ping pong pada hari dan masa yang sama ), c Lyna, c Eva, c Syuhada, c Floe dan jua c Lilo.. itulah wirawati2 2D.. hihihi.. dan jua c Kak Ain n c Suri yang sambil menjadi pihak penganjur pertandingan bola tampar turut menjadi tukang sorak di luar gelanggang.. dan c Hafiz yg buat aksi menggerunkan terhadap c Jaelle n c Zul yg bagi semangat sambil pungut bola... hehehe,.. bestla ! 

~ pusingan pertama lawan ngan pelajar kelas PP 2E.. menang dengan cemerlang ~! seterusnya lawan dengan KPLI, pun menang dengan baik jua ! hehe.. seterusnya, masuk final, woahhh! baru ada fight.. hehe.. bestnya bila dapat sambut bola yg diservis oleh pihak lawan. tapi memandangkan baru pertama kali bermain, maka chemistry belum ada.. hehe.. xpa, kekalahan kita pun markah baik juga :)

~ alkisahnya semasa permainan itu, semangat kesukanan yang ditunjukkan amat memuaskan.. sangat bersemangat meskipun xde pengalaman bermain.. 

~ tak dilupakan kemenangan c Aida masa men ping pong.. tahniah sebab dah dapat tempat ketiga yah.. dan tahniah juga sebab dah sanggup berulang-alik dari Dewan Za'Ba ke gelanggang permainan bola tampar..

~ oleh itu, tahniah kepada semua pemenang daripada kelas kita.. ingatlah, xde yang akan pandai dalam sesuatu jika x pernah mahu mencuba.. oleh itu, sentiasa galakkan diri sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru..
=Eolfy Icha=

Kisah kita semua....


cikgu Floe merepek skejap.... hehehehe..
apa khabar sume? baik2 yah? haha.. sa telah diamanahkan untuk menceritakan sedikit banyak tentang bakal guru daripada PPISMP 2D 2011 ney.. diarahkan oleh pencipta blog, Cikgu Lyeen.. so, kita mulakan dengan ceritera umum.. kita bermula dengan satu pertemuan dengan ahli kelas pada hari pertama pendaftaran.. d Dewan Za'Ba. langsung tak jangka itulah rakan sekelas untuk 5 tahun 6 bulan seterusnya di IB ini.. wahhh, muka sumenya malu2.. sume tunjuk muka budak bek.. haha.. setelah bersama selama beberapa bulan, maka belang2 si kawan sumenya mula keluar.. c Apik dengan keganasannya.. c Maw dengan ke'korea'annya.. c Lilo dengan ke'skema'annya.. c Onjoy dengan kebengisannya. c Zul dengan senyuman menggodanya.. c Cici dengan jelingannya.. c Lyeen dengan habit 'ana mahu fengsanla'... owh~ tak dilupakan, Memiey dan Akmal dengan kebahagiannya.. awww~ nak sebut sume tak cukup masa kot.. haha.. kelas ney dipenuhi dengan bermacam ragam yang pastinya membuatkan para pensyarah cakap 'ana feninla ajar 2D'.. oh maiiiii.. haha.. walau apa2 pun, bila wat aktiviti, pelajar kelas ney bolehlah dikatakan kreatif kerana banyak alasan yang akan kita dengar, yang pastinya membuatkan ketua kelas rasa 'happy' sangat2 apabila berdepan dengan situasi ini.. tetapi jangan risau, itulah seorang bakal guru, mesti kreatif dan bermotif.. dan inovatif.. hihihi.. terdiri daripada gabungan pelajar Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung, kelas ney memang happening giler ~! tambah lagi dengan mentornya yang hensem bangat ! En. Santharan S Arumugam, memang sangat memahami.. oh maiiii~ makin panjang repekan ku.. last but not least, banyak yang telah kita lalui bersama, macam lagu blog kita :) tetapi bebaskanlah harimu daripada stress dengan menyebarkan cinta mati kepada rakan sekelas :) hihi.. 
~ majulah sukan untuk Cik Tan..
=Eolfy Icha=

Maaf..

Maaf kepada sesiapa yang gambar dia tak upload lagi..hehehe....nanti kalau upload gambar2 yang tak comel marah pulak..almaklumlah..semuakan comel2...jadi kepada yang lain harap sabar2 k...hehehhe...amacam??cute tak blog kita??cute kan??makanya ...hehehe..Takyag terlalu formal la bah kan??Nanti tak menarik plak..heheh...kita enjoy!!All the best semua...esok klas Mr.Selva...bersedia!!!

Pengenalan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua terutamanya warga PPISMP 2D..Blog ini direka khas untut mencatat KISAH KITA!!Semoga dengan adanya blog ini hari-hari kita akn tercatat sebagai kenangan yang terindah..Semoga ukhwah kita yang terjalin selama hampir 2 semester ini akn terus kekal abadi buat selamanya dan juga tiada sengketa lagi antara kita.Semoga kisah lalu memberi kita lebih banyak pengajaran dalma kehidupan..AMIN

Sokong kami!!